Antara Mimpi Dan Nyata
Wahai saudagar mimpi
Izinkan saya berbicara
Buat seketika
Sekejap sahaja
Bukakan mata
Dunia ini indah
Mimpi hanya permainan belaka
Kita harus mencari, saudara
Keindahan tidak menjelma
Selain kepada mereka
Yang berilmu
Yang berusaha
Dan mahu menerima
Bangun, saudara
Sudah terlalu lama kita terlena
Ayuh, saudara
Tiada guna kita terus bersengkang mata
Matahari sudah menjelma
Kemudian terbenam
Satu hari lagi terlepas
Tetapi kita masih terlena
Kita ketinggalan, saudara
Kerana mimpi bukan realiti
Kita tersalah tumpu dunia
Kita tersalah tumpu dunia
Baik, saudara mahu tidur
Penat, kata saudara
Jika begitu
Izinkan saya
Berundur sahaja...
BANGUNLAH SAUDARA!!!
No comments:
Post a Comment